Negarawan Terulung

Negarawan Terulung

Wednesday 25 May 2011

TIADA SIAPA BERHAK MEMPERTIKAI PEMBAHAGIAN BIASISWA JPA

       Baru-baru ini ada pihak yang cuba mempertikai tentang pembahagian biasiswa yang dikatakan tidak adil. Pihak yang mempertikanya tentulah daripada kaum minoriti di Malaysia. Tanpa mereka sedari, mereka tidak sedar adakah mereka layak atau tidak untuk berbuat demikian. Apakah sumbangan kaum mereka kepada kerajaan Malaysia? Mereka belum layak lagi mempertikai keputusan kerajaan kerana kaum mereka belum memberi sumbangan besar dalam  dalam menyokong kerajaan Malaysia. Mereka patutnya berterima kasih kerana kerajaan masih memberi biasiswa kepada kaum mereka walaupun kaum mereka tidak langsung menyokong kerajaan Malaysia. Kaum mereka sudah tidak memberikan apa-apa sokongan terhadap kerajaan Malaysia tetapi masih mahu meminta-minta dari kerajaan Malaysia. Jika diikutkan cara sebenar, kaum-kaum minoriti ni hanya patut diberi mengikut peratusan kerusi yang dimenangi oleh parti yang mewakili kaum mereka di parlimen. Maka ia akan menjadi lebih sedikit daripada apa yang diberikan sekarang.
        Parti mereka didalam Barisan Nasional sudah tidak lagi relevan di Malaysia. Pengundi mereka secara terang-terang tidak lagi menyokong Barisan Nasional dan kerajaan Malaysia. Mereka akan utuh bersama pembangkang. Tetapi tanpa segan silu, masih mahu mempertikaikan kerajaan Malaysia sedangkan mereka tiada hak untuk itu.
        Mereka adalah kaum yang ''TAK SEDAR DIUNTUNG''

No comments:

Post a Comment