Negarawan Terulung

Negarawan Terulung

Monday 20 June 2011

Kemanakah Arah tuju PAS yang sebenar????????!!!!!

http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2011/06/spr-bershit-didalangi-parti-tertentu.html

Pilihan raya masjid agenda terbaru biaDAP untuk pecah belah orang Melayu!

Pilihan raya masjid agenda terbaru biaDAP untuk pecah belah orang Melayu!

KERAJAAN DAP Pulau Pinang boleh berhujah atau memberikan apa sahaja alasan berhubung tindakannya memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah masjid di seluruh negeri itu menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.

Tetapi apa yang nyata tindakan itu seolah-olah ingin menyeret institusi masjid ke dalam kancah politik kepartian.

Walaupun alasan yang diberikan kononnya ia bertujuan bagi memastikan kaedah pemilihan adalah lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada semua itu hanyalah alasan.

Selama ini sejak berpuluh-puluh tahun lalu, pemilihan AJK masjid bukan sahaja di Pulau Pinang malahan di seluruh negara tidak ada masalah tetapi kenapakah kerajaan DAP Pulau Pinang ingin memadai-madai mengajar orang Melayu bagaimana hendak memilih AJK tersebut?

Jelas apa yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah bermotif politik dan sengaja mengambil kesempatan untuk memecah-belahkan perpaduan di kalangan orang Melayu di negeri tersebut.

DAP amat memahami bahawa orang Melayu sudah cukup banyak berpecah kerana pelbagai faktor khususnya politik dan kini ia mahu memperluaskan kepada pemilihan AJK masjid pula.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh melenting apabila ada pihak menganggap ia sebenarnya satu agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid.

Kalau tidak ada niat demikian kenapakah perlu secara tiba-tiba kaedah yang sedia ada hendak diubah apabila DAP berkuasa?

Tambahan pula, pelaksanaan pilihan raya masjid tersebut itu mahu diadakan secara tergesa-gesa tanpa perbincangan apatah lagi mengambil kira pandangan umat Islam di kawasan-kawasan yang terlibat.

Kita yakin jika ia dilaksanakan sudah pastilah banyak masalah yang akan timbul dan seterusnya akan mengakibatkan pengurusan masjid menjadi kacau bilau.

Selama ini orang Melayu tidak pernah pun berbalah kerana pemilihan AJK masjid, mereka memilih sahaja siapa yang terpilih.

Apa yang kita bimbangkan, pilihan raya masjid ini bertujuan untuk membolehkan DAP melalui sekutunya, Pas menilai sejauh manakah sokongan orang Melayu kepada parti berkenaan.

Ia kerana melalui pilihan raya itu mereka akan mengetahui kariah manakah yang memihak kepada kerajaan pakatan pembangkang dan kariah mana pula yang menyebelahi UMNO serta kerajaan Pusat.

Kita sama sekali tidak boleh menerima alasan bahawa pelaksanaan pilihan raya masjid itu bukan bertujuan politik kerana apa pun kerajaan DAP Pulau Pinang lakukan ia pasti ada kaitan dengan politik bagi mengekalkan kekuasaan pemerintahan.

Oleh itu apa yang diharapkan orang Melayu tidak akan terjebak dengan agenda mana-mana pihak untuk terus berusaha memecah-belahkan mereka.

Orang Melayu Pulau Pinang perlu menolak pelaksanaan pilihan raya masjid itu kerana ia bukanlah urusan pihak lain untuk mengajar mereka bagaimana hendak menguruskan rumah Allah itu.

Bukanlah satu kesalahan kalau kariah di sesuatu kawasan tidak menghadiri pilihan raya itu, mereka tidak akan rugi apa-apa pun, sebaliknya mereka akan lebih rugi jika menghadiri kerana ini boleh menyebabkan orang Melayu berpecah belah kerana menyokong kelompok A atau kelompok B.

Tidak salah untuk orang Melayu berbeza fahaman politik tetapi biarlah ia sekadar di luar masjid sahaja kerana apabila memasuki sahaja ke rumah Allah itu, kita sujud kepada Tuhan yang satu dan mengadap kiblat yang sama.

Wednesday 25 May 2011

TIADA SIAPA BERHAK MEMPERTIKAI PEMBAHAGIAN BIASISWA JPA

       Baru-baru ini ada pihak yang cuba mempertikai tentang pembahagian biasiswa yang dikatakan tidak adil. Pihak yang mempertikanya tentulah daripada kaum minoriti di Malaysia. Tanpa mereka sedari, mereka tidak sedar adakah mereka layak atau tidak untuk berbuat demikian. Apakah sumbangan kaum mereka kepada kerajaan Malaysia? Mereka belum layak lagi mempertikai keputusan kerajaan kerana kaum mereka belum memberi sumbangan besar dalam  dalam menyokong kerajaan Malaysia. Mereka patutnya berterima kasih kerana kerajaan masih memberi biasiswa kepada kaum mereka walaupun kaum mereka tidak langsung menyokong kerajaan Malaysia. Kaum mereka sudah tidak memberikan apa-apa sokongan terhadap kerajaan Malaysia tetapi masih mahu meminta-minta dari kerajaan Malaysia. Jika diikutkan cara sebenar, kaum-kaum minoriti ni hanya patut diberi mengikut peratusan kerusi yang dimenangi oleh parti yang mewakili kaum mereka di parlimen. Maka ia akan menjadi lebih sedikit daripada apa yang diberikan sekarang.
        Parti mereka didalam Barisan Nasional sudah tidak lagi relevan di Malaysia. Pengundi mereka secara terang-terang tidak lagi menyokong Barisan Nasional dan kerajaan Malaysia. Mereka akan utuh bersama pembangkang. Tetapi tanpa segan silu, masih mahu mempertikaikan kerajaan Malaysia sedangkan mereka tiada hak untuk itu.
        Mereka adalah kaum yang ''TAK SEDAR DIUNTUNG''

Monday 16 May 2011

Demontrasi jalanan dibawa hingga ke Mahkamah Tinggi

Kekecohan semalam di Mahmakah Tinggi Kuala Lumpur semalam cukup menggambarkan kepada kita begitulah caranya Anwar Ibrahim mengawal ponyokongnya. Demontrasi jalanan tidak pernah lekang dari cara beliau mencari publisiti murahan. Penyokong beliau yang hadir berduyung-duyung sejak awal pagi telah membuat kecoh dan langsung tidak menghormati institusi Mahkamah di negara ini. Apalah salahnya jika mereka hadirkan diri untuk memberi sokongan tanpa membuat apa-apa kekecohan ketika prosiding mahkamah sedang berjalan???? Kalau beginilah cara beliau mengawal penyokong-penyokongnya, maka kehancuranlah akan berlaku jika ada perkara tidak memuaskan hati didalam puak-puak mereka. Lihat saja lah bagaimana gagalnya Anwar yang selaku ketua pembangkang mengawal perbalahan diantara parti-parti dalam pakatan rakyat. Selaku Ketua Pakatan tersebut, beliau seharusnya selarikan watikah perjuangan diantara 3 parti tersebut, tapi malangnya beliau belum layak untuk menjadi seorang Ketua yang berdedikasi dan memang TIDAK layak untuk duduk di kerusi seorang PERDANA MENTERI.
 Wassalm..

Saturday 14 May 2011

Lebih baik lewat daripada tiada bermula

Salam Semua,

Lebih baik lewat daripada langsung tidak bermula. Setiap langkah ke seribu bermula dari langkah pertama, setiap simpanan ke RM100.00 bermula RM 1. Inilah yang saya ingin tekankan kepada pembaca terutamanya golongan muda dalam memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Golongan muda harus memainkan peranan dari sekarang sebagai persediaan menempuh masa yang akan datang. Senario politik sekarang yang tidak menentu memerlukan anak bangsa kita bijak mencari maklumat dan kebenarannya bagi menyediakan diri dengan apa jua kemungkinan atau rintangan yang datang demi memperjuangkan nasib anak bangsa sendiri. Mereka perlu kenal siapa pejuang dan siapa pengkhianat. Ayuh bangun anak bangsa, perkasakan diri kamu dengan ilmu pengetahuan dan berjuanglah....................